ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Monday 14 April 2014

MAKAN MAKAN! TAMBAH JANGAN MEMALU.....

jalan-jalan cari maka, buat duit dari rumah, pendapatan tambahan, side income, bumiputera, sah, halal, KPDNKK, Gabungan Minda Jutawan, GMJ4U.COM

Assalammualaikum...hari ni KH masukan entri gulai nangka (...haa, gulai nangka lagi!). Tapi kali ni masak lain pulak, walaupun nama 'gulai' ia takde rempah kari macam resipi yang lepas. Atas titah perintah bonda, KH masak versi 'pak berahim' yang menggunakan tulang ikan masin kurau. Yang dulu guna tulang rusuk dan Bak cuma makan sikit sebab dia kan ada gout, takut pulak nanti sendi2nya sakit. Ada juga yang Tanya KH, apa beza kalau kita guna tulang ikan masin kurau dengan isinya?...Ok, ni pada pendapat che mat lah yea. Tulang ikan masin kurau lebih berperisa, nak2 tulang tengahnya yang ada segmen2. Kalau nak masak baru kerat dan kalau anda perhatikan pada setiap segmen ada sum2, dan ini yang menjadikan kuah gulai lebih enak dan berperisa. Isikan kurau pun ok, cuma kalau dimasak terlalu lama, ia akan hancur, dari segi rasa sedap lagi guna tulang. Anda boleh campurkan isi dan tulang jika suka....ini semua terpulang pada selera masing2, KH hanya beri pendapat.....

RESEPI NYERRRR..... Jom la cuba! 

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda yang telah disiang dan dipotong kiub
5 - 6 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isi, cuci dan rendam 30 minit
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
3 kuntuk bunga kunyit (optional)
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
4 biji cili merah (buang biji kalau tak nak pedas)
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
Nangka direbus hingga 1/2 empuk dan toskan. Masukkan bahan2 kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk bersama nangka dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
Toskan tulang ikan masin, dan masukkan ke dalam periuk, kacau dan masak sekejap. Tuang santan pekat, kacau rata dan masukkan bunga kunyit dan daun kunyit. Biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Masak hingga nangka empuk.
Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (rasa dulu baru masukkan garam secukup rasa). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan lauk2 lain. Gulai ini lebih sedap setelah dibiarkan 2 - 3 jam...





gabungan minda jutawan, sah, halal, bumiputera, peluang niaga, perniagaan kecil untung berbaloi, untung, side income, buat duit dari rumah, ipoh, perak, malaysia


TERCARI-CARI PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN? ~> Layari www.jutaone.asia/nurulgmj
::Gabungan Minda Jutawan sedia membantu anda. *Sepenuhnya milik bumiputera, khas membantu meningkatkan ekonomi bumiputera, e-niaga no 1 di Malaysia, mendapat Pengiktirafan anugerah Syarikat Paling Jujur di Asia Pasifik 2013.
~ sesuai utk surirumah, pelajar, pesara, sedang bekerja, asalkan 18 tahun keatas.
~ NO boss, NO punch card, baring2 atas katil pun dibayar, pendapatan pasif.
~ potensi pendapatan bulanan: RM18K - RM 26K - RM92K - RM126K


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...