ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Wednesday 29 June 2016

KUATTTTT MENGADU!

Ingat lagi tak? Zaman kecik2... Badan kecik, suara kecik, makan mkanan yang kecik2 (jajan).. Heheh! Masa tu, bila apa-apa je mesti mengadu kat mak kan? Kawan ejek ke, jatuh ke n apa je la. Kuatttttt mengadu... Sekarang? Dah besar panjang nak mengadu kat mak lagi ke? Hoho! Diri sendiri dah jadi mak ayah kat siapa nak ngadu?? ALLAH SWT.

Apa masalah anda?
....... Beritahu Allah swt;

Orang tipu anda?
........Beritahu Allah swt;

Duit tak cukup?
........Beritahu Allah swt;

Marah dengan sesiapa?
........ Beritahu Allah swt

Hati tidak tenang?
......... Beritahu Allah swt

Hidup tidak bahagia?
.......... Beritahu Allah swt

Bos tidak baik?
........... Beritahu Allah swt

Sesungguhnya Allah swt adalah sebaik-baik tempat mengadu!

Yakinlah, Dia Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Menghukum, Maha Adil, Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu dan Allah swt tidak pernah zalim atau menzalimi sesiapa kecuali dia yang menzalimi dirinya sendiri.

Hakikat yang ramai tidak mahu sedari dan akui atau ingati adalah, setiap perkara musibah atau ujian yang berlaku, ia adalah

1/ Penghapus dosa lampau
2/ Penambah pahala
3/ Pemberat timbangan baik/Amal
4/ Peringatan buat diri
5/ Ingatan untuk perbaiki

Kadang-kadang amalan kita tidak seberapa dan Allah swt beri pelbagai "Bonus" tambahan untuk memberatkan timbangan amalan kita.

Jika mengerti dan meneliti dari sudut hati.

Hidup kurangkan lihat kesilapan orang lain tetapi banyak cari kelemahan diri dan perbaiki.

*Tekadkan azam istiqomah untuk bangkit solat taubat, tahajud dan witir setiap awal pagi sebelum suboh.

#AzizanOsman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...