Memang Saya Dilahirkan Macam Ini – Bobo Jawab Kontroversi Video “Sayang”
Menerusi sesi temubual yang dijalankan oleh Anwar Abdullah @ Kaio, Bobo menyatakan bahawa dia menghasilkan video berkenaan secara suka-suka dan langsung tidak menyangka video tersebut menjadi perhatian umum sehingga mencetuskan pelbagai kontroversi dikalangan penonton.
Sebenarnya memang daripada dulu lagi suka buat video macam itu. Miming, buat gila-gila bila bosan dan sebenarnya semuanya dilakukan secara spontan.Menjawab mengenai pelbagai kritikan negatif yang dilemparkan keatas dirinya, Bobo akui dirinya sememangnya dilahirkan sebegitu dan berharap agar penonton tidak memandang serong terhadap dirinya selepas ini.
Memang saya tak sangka langsung dan terkejut juga sampai macam itu sekali video ini boleh tersebar. Sampai keluar dekat TV semua.
Janganlah tengok pada luaran dan suka hakimi orang. Kenal dulu orang itu betul-betul. Memang saya dilahirkan macam ini.Bagi anda yang nak dengar dan lihat sendiri temubual Kaio dengan Bobo, jom layan video di bawah ini. Diharapkan segalanya terjawablah ya.
Jadi, jom saksikan video sayang yang disayang ni lagi... Edisi Johan! hahahaha~
No comments:
Post a Comment