KUALA LUMPUR 31 Jan. - Jaguh
badminton negara, Datuk Lee
Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya
Kecil Dewan Undangan Negeri
(DUN) Kajang.
Menurut Chong Wei, beliau langsung tidak mengetahui tentang cadangan agar
beliau menukar haluan dan mencuba nasib melawan Ketua Umum Parti Keadilan
Rakyat (PKR), Datuk Seri
Anwar Ibrahim di gelanggang politik.
“Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang desas-desus mengatakan beliau dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai adalah dua nama yang disebut kemungkinan menjadi calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
SETERUSNYA DI SINI
No comments:
Post a Comment