Hai pembaca KH semua! Pagi ni KH nak share ilmu dan pelajaran sikit boleh? Hihi... Ok! Pasal tidur... Haaa... Kalau cerita bab tidur ni siapa yang tak suka kan? Semua like like like cenggini ha.. Tapi, KH dulu masa kecik-kecik paling susah nak tido wo!! Tido tengahari la kan.. Dedulu mana ada gajet-gajet ni semua. Lepas makan tengahari je mak suruh tido! Haha! Masa KH budak lagi umur 6 7 tahun mana nak tido..Tenaga dan stamina tengah full tank kan... Tambah pulak ada geng, kakak KH la.. Hahaha! Suka curi curi turun tanah, main pondok-pondok... Dulu banyak sangat aktiviti luar rumah tau. Mana la best nk tido, rugi la kalau tak main! HAHAHA!
Tapi sekarang bila dah dewasa ni, nak tidur pun tak ada masa. Teringin sangat tidur tapi banyak koje yang memanggil-manggil kan. Atas faktor anak-anak la yang memanggil tu. Ape lagi kan.. Haha! Tak boleh tengok emak nye besenang lenang nak ngangkang sikit, ada je.... nak susu, nak berak, nak itu ini.. Dah tu anak kecik-kecik, nak buat apa-apa emak nye la yang kena bantu kan.. Emak nya pon! Hadoi!
Ok ok! Kita berbalik kepada cerita tidur kita tadi. Tidur ni ada beberapa hal dan keadaan yang perlu kita tau, bukan pakai hantam saja! 3 hal itu ialah waktu-waktu tidur yang elok dan xelok kita amalkan. Ok start ayat formal sikit lah. Mengenai 3 situasi ni Hailulah, Qoilulah dan A'ilulah...
Apakah itu Hailulah , Qoilulah dan A'ilulah?
1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.
2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).
3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.
Haaaaa.... Fahamkan mana yang boleh dan mana yang tak boleh. Harap sikit sebanyak dapat memberi info berguna kepada semua ya. Ok cau sinn ciii u olls! Daaaaaa zzzZZZZZZ! EH!!!!
No comments:
Post a Comment