ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Sunday 13 May 2018

MENTERI BESAR PERAK YANG BARU

Menteri Besar Perak

KUALA KANGSAR, Sabtu 12 Mei 2018 – Ahmad Faizal Dato' Azumu iaitu Pengerusi Pakatan Harapan Perak, telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baharu siang  tadi.
Istiadat disempurnakan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di Dewan Istiadat Kecil, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Turut berkenan hadir Raja Muda Perak, Raja Di Hilir Perak dan Raja Puan Muda Perak.





Turut kelihatan di istiadat ini Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming, Pengerusi Barisan Nasional Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan beberapa wakil rakyat PH, BN dan PAS.




Pada 9 Mei lepas, Ahmad Faizal yang bertanding di DUN Chenderiang menang dengan majoriti 39 undi menewaskan pencabarnya dari BN, Choong Shin Heng dan calon PAS, Nordin Hassan.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...