ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Monday 14 May 2018

TV3 DIPERINTAH BAYAR RM1.1 JUTA KEPADA ANWAR IBRAHIM





KERANA FITNAH, 
TV3 diperintah bayar RM1.1 juta kepada Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan stesen televisyen TV3 membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapati TV3 bertanggungjawab menfitnah beliau.

Fitnah tersebut mengaitkan Anwar sebagai seorang daripada dalang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, lima tahun lepas.


Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas membenarkan saman Anwar terhadap TV3 atas dakwaan menfitnahnya dalam laporan berita Buletin Utama berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Melayu bertajuk 'Tiga kumpulan menjadi dalang' bertarikh 2 Mac 2013.


Hakim itu berkata mahkamah mendapati TV3 sebagai defendan kedua gagal mengambil tindakan sewajarnya sebagai wartawan bertanggungjawab untuk membuat pengesahan daripada Anwar sebelum menyiarkan laporan berita itu.

“Mengikut keterangan saksi defendan, mereka menyiarkan laporan berita itu berdasarkan artikel daripada Utusan, tetapi akhbar itu telah mengakui bahawa artikel itu tidak benar dan fitnah terhadap plaintif (Anwar).

Bagaimanapun, TV3 berkeras dan tiada penyelesaian dibuat antara TV3 dan plaintif,” kata Ahmad Zaidi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...