ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Tuesday, 10 December 2013

BERHATI-HATI : ESOK (11/12/13) PERUT-PERUT ANDA MELETUP!!!

perut bulat

Dah tu, apa kaitan perut dengan tarikh cantik 11/12/13? Seperti yang semua sedia maklum, tarikh yang akan ambil tempatnya esok, amat dinanti-nanti. Lagi-lagi buat bakal pengantin, semua nak pilih tarikh istimewa untuk mendirikan rumahtangga. 

JADI? Apa lagi, kita yang tak kawin ni la yang dapat tempiasnya. Tengok gambar kat atas tu, haa itula kesan 'negatif' yang bakal kita hadap esok! Jenuh nak makan kenduri je... Silap-silap....... 3 4 5 6 7 tempat sekali kena pergi.. apa?!!!! HAHAH! Inilah namanya rezeki. Dah orang jemput wajib pergi memeriahkan majlis. Kalau dah tak dijemput jangan pergi pulak haram jadinya..... sila rujuk ustaz-ustaz k! HIHI

sebijik macam yang ne tao perut mamat tu, cuma kecik sikkkkit aje

Ok! KH nak kongsi cerita dan fakta sikit ni..... JEMPUT SAMBUNG BACA LAGI......

Tarikh 11 Disember 2013 – 11.12.13 – kini menjadi hari paling popular untuk pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga selepas 10.10.10 (10 Oktober 2010), 11.11.11 (11 November 2011) dan 12.12.12 (12 Disember 2012).
Malah, beberapa dewan di seluruh Mumbai sudah ditempah untuk hari paling bermakna itu.
Di Lucknow, 3,000 majlis kahwin akan berlangsung esok, berdasarkan keterangan beberapa perancang perkahwinan.
Di daerah Dadar, dewan Suryavanshi Kshatriya Dnyati Samaj menjadi tempat perkahwinan antara Mamta Ibrampurkar dan Shreyas Wadkar.
Mamta berkata: Saya dan tunang berazam untuk kahwin pada 11.12.13 selepas membaca laporan mengenai pasangan yang berkahwin pada 12.12.12.
Pada mulanya, keluarga mereka tidak begitu menyokong sebelum mengubah fikiran.
Pencetak kad perkahwinan, Joaquim D’souza mengakui terlalu sibuk untuk mencetak kad perkahwinan membabitkan tarikh tertentu.
Kami sudah mencetak kad membabitkan tarikh tertentu sejak 7 Julai 2007 (7.7.7) kerana ia dianggap detik istimewa, katanya.
Joaquim sudah mencipta kad jemputan khas 11.12.13 untuk pasangan Darshan Kakkar dan tunangnya, Sharon Bangera yang berkata semuanya adalah kebetulan.
Kami buat keputusan tahun lalu untuk kahwin sebelum 14 Disember kerana bapa saudara Darshan akan ke luar negara pada hari itu.
Pada ketika itulah kami mula merancang majlis dan mendapati tarikhnya 11.12.13, kata Sharon dan Darshan yang merancang perkahwinan itu berbulan lalu.
Tukang tilik, Kanika Khatwani berkata tarikh 11.12.13 merujuk kepada suasana romantik dan kasih sayang.
Seorang ahli perniagaan, Devesh Garg, berkahwin pada 10 Disember 2012 (10.11.12) menyebabkan dia mahu meneruskan tradisi tarikh unik menerusi adiknya, Garvit untuk berkahwin pada 11.12.13.
Jika seseorang itu berkahwin pada tarikh unik, ia menjadikannya lebih istimewa dan kenangan yang pasti diingati sampai bila-bila, kata Garg.
AGENSI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...