Pada 11/12/13, pasangan sensasi, Rozita Che Wan (Che
Ta) dan Zain Saidin akan melangsungkan perkhawinan yang dikatakan menerima
tajaan sampai 13 juta ringgit. Ramai yang menyatakan bahawa inilah 'Wedding of
the Year" pada tahun ini.
Berikut adalah 10 Fakta tentang perkhawinan mereka ini. Dari
hantaran sampailah ke majlis resepsi kelak. Info ini saya korek dari Malaysian
Digest.
1. Pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi Jumlah kos
pra-perkahwinan di beberapa lokasi menarik di Eropah dan Bali. Kos
pra-perkahwinan mereka mencecah lebih RM30,000.
2. Sewaktu majlis malam berinai nanti turut diadakan tarian
joget lambak dan poco-poco.
3. Sebagai kelainan, dulang hantaran ditukar dengan peti.
Pasangan akan bertukar peti 9 berbalas 9. Bagi setiap satu peti akan berisi
barang hantaran misalnya, satu peti berisi baju lima persalinan. Tiga buah beg
tangan. Serta 10 botol minyak wangi. Semua hantaran dianggarkan bernilai RM100,000
4. Wang hantaran daripada Zain kepada Che Tah sebanyak RM23,
200 iaitu simbolik kepada tarikh lahir Zain.
5. Sementara untuk pembatalan air sembahyang, Che Tah bakal
menerima mas kahwin bernilai RM9,300 (simbolik tarikh lahir Che Ta) berserta
sebentuk cincin bernilai RM93,000.
6. Tambah istimewa, pihak Habib Jewels akan menaja barang
kemas yang bernilai RM10 juta. Barang-barang kemas yang direka eksklusif buat
Che Ta itu akan digayakan oleh aktress tersebut pada hari persandingannya
nanti.
7. Busana yang akan dipakai oleh Che Ta pada malam berinai
merupakan rekaan dari Bianco Mirmosa. Busana tersebut bernilai RM55,000.
8. Baju nikah (termasuk tajaan tiara) dan kasut bernilai
RM150,000, rekaan Man Kajang. Baju persandingan pula bernilai RM100,000.
No comments:
Post a Comment