ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Monday, 9 December 2013

PERCAYA?? SUNGAI DI ATAS SUNGAI!!!


 Pernah anda melihat sungai di atas sungai ? mungkin terdengar tidak masuk akal , tetapi pekara seperti itu benar - benar ada di Jerman . ' Magdeburg Water Bridge ' adalah jambatan air dimana kapal - kapal besar melintas di atasnya dan merupakan yang terpanjang iaitu 918 meter .

Magdeburg Water Bridge dibina untuk pengangkutan barangan dari timur dan barat Jerman , terutama laluan untuk kapal komersial besar dari saluran Elbe - Havel ke Rangkaian Mittelland tanpa perlu membuat jalan sepanjang 12 - kilometer menggunakan laluan sungai Elbe .

Tanpa Jambatan Air , kapal dari saluran Mittelland terpaksa melalui Sungai Elbe melalui Rothensee dan memakan masa. Tahap air yang rendah dari sungai Elbe sering menghalang kapal tongkang berat melewati laluan ini , sehingga memakan masa untuk mengosongkan kargo .

Pembangunan saluran air ini bermula sejak tahun 1930 namun terhenti selama Perang Dunia II dan Perang Dingin . Selepas penyatuan semula Jerman , pembangunan salauran ini kembali menjadi keutamaan . Pekerjaan dilanjutkan pada tahun 1997 , dan Magdeburg Water Bridge akhirnya selesai pada tahun 2003 .



Nak tengok banyak lagi gambar sungai ini? KLIK SINI!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...