Keasyikan dua-dua kanak bermain dalam banjir bertukar mimpi
ngeri apabila kemaluan mereka dimasuki lintah.
Dalam kejadian pertama, mangsa, Yusrina Yusri, 5, dari
Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, mengalami pendarahan teruk apabila lintah
tersebut memasuki dubur setelah mandi lebih satu jam bersama adiknya, Yusri
Aiman Yusri, 3.
Ibu mangsa, Siti Khatijah Ibrahim, 27, berkata, ketika
kejadian, dia sempat melihat beberapa lintah berada berdekatan anaknya ketika
Yusrina bermain air berhampiran rumahnya yang dekat dengan sawah dan kuala.
“Yusrina datang kepada saya dalam keadaan menangis sambil
menunjukkan objek hitam yang melekat pada duburnya.
“Saya terkejut dan cuba menarik lintah tersebut ketika ia
masuk separuh ke dalam dubur, namun usaha itu tidak berjaya kerana ia licin dan
melekat,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII),
di sini, hari ini.
SELANJUTNYA BACA DI SINI
No comments:
Post a Comment