ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Friday 17 October 2014

EXAM PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK (PTD) - 1 NOVEMBER 2014


exam, PTD, 2014, SPA
 Hai semua pembaca KOngsiHaL! Post kali ni KH nak berkongsi sedikit info mengenai peperiksaan PTD secara online. Tahniah Buat yang dipilih untuk menduduki peperiksaan ni. Tapi masih tak boleh sepenuhnya tahniah lagi la kan. Sebab exam belum lagi. HiHi! Apa yang diharapkan calon-calon semua dapat login soalan exam dengan lancar ye. Moga pihak yang berkenaan faham-faham la, masalah dan kesulitan calon yang lepas nak jawab online ni.. Ada yang tunggu sejam lebih awal depan komputer, bila masa jawab dah start ada calon yang tak dapat login, ada yang tak boleh menjawab sebab soalan tak keluar-keluar, dan ada jugak yang sedang menjawab asyik logout login logout login! Sampaikan tak sempat menjawab semua soalan. HUHU.. Tapi apa-apa pun, semua tu dah diatasi atas tindakan wajar dari pihak SPA, calon-calon terlibat dapat menduduki peperiksaan ulangan. ALHAMDULILLAH...

Baiklah, di bawah ni KH nak kongsikan serba sedikit format soalan yang bakal dijawab nanti.

Pegawai Tadbir & Diplomatik

Berdasarkan website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), peperiksaan online bagi memasuki perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) gred M41 akan berlangsung pada 1 November 2014 iaitu hari Sabtu.



Bagi calon yang telah memohon jawatan PTD, jom check sama ada nama ada tersenarai dalam peperiksaan online 1 November 2014 nanti.

Secara ringkasnya, soalan peperiksaan PTD gred M41 terbahagi kepada 4 seksyen iaitu:
Seksyen A – Pengetahuan Am (45 minit: 50 soalan)

Menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya.



Contoh Soalan:

Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali
A menangani kos sara hidup.
 B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
 C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
 D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.
Jawapan: B


Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit: 40 soalan)
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:


          
Apakah nilai paling sesuai bagi X? 


A 42 
B 43 
C 44 
D 46
Jawapan: A
Teknik menjawab:

         94 / 2 = 47 180 / 4 = 45 126 / 3 = X X = 42


Seksyen C – Esei Bahasa Melayu (1 jam: 3 soalan, pilih satu soalan, panjang patah perkataan tiada limit)
Contohnya: “Langkah-langkah menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.”


Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris (1 jam: 3 soalan, pilih satu soalan, panjang patah perkataan tiada limit)
Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.”

HAaaa...Begitulah serba sedikit yang Kh boleh kongsikan disini. Semoga dapat membantu calon-calon untuk menjawab nanti yer.. OK! CAU CINCIIIIIII.........................




#ExamPegawaiTadbirdanDiplomatik (PTD) Gred M41 Pada 1 November 2014


REZEKI..REZEKI...NAK BUAT DUIT TAMBAH2???? klik sini
PELUANG MENJADI EJEN DROPSHIP SECARA PERCUMA! SELURUH MALAYSIA!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...