ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Monday, 10 November 2014

TAKAFUL MERUGIKAN.... TIPU!!!

kos rawatan penyakit
Alasan tidak mahu mengambil takaful perlindungan dan akhirnya inilah yang menimpa sebahagian besar masyarakat.
Alasan ini mmg dah biasa kita dengar tapi ape kah kesannye kepada anda & keluarga anda. Hayati lah cerita di bawah ini berkenaan pengalaman seorang rakan agent PruBsn Takaful  bersama prospek nyer. Diharap kita dapat bersama-sama mengambil ikhtibar.


Okay, ini cerita saya tentang orang yang taknak ambil personal insurance/medical card sebab terlalu selesa dengan coverage yang company bagi.

1.         Hari Rabu baru ni, saya dapat satu phone call dari seorang prospect perempuan yang dapat flyers saya dari booth PruBSN di Jusco Alpha Angle.

2.         Dia kata nak ambil medical card PruBSN untuk suami dan dia kata dia boleh bayar maximum RM4,000.00 setahun.

3.         Saya kata boleh je nak ambilkan untuk suami. Kalau suami sihat dan takde masalah kesihatan, dalam 2 weeks policy boleh approve dan siap.

4.         Lepas tu baru prospect tu gitau yang suami dia sebenarnya ada leukemia stage 3. Ramai yang taktau bahawa leukemia juga adalah cancer. Dia nak ambil medical card sebab treatment cost mahal sangat.

5.         Prospect tu gitau dulu suami dia seorang electronic engineer di sebuah company selama 14 tahun. Suami dia taknak ambil personal insurance sebab company dia cover unlimited medical bill.

6.         Pada tahun 2008, doctor diagnosed suami dia ada leukemia. Masa tu company cover semua medical bill.

7.         Bila dah start sakit, badan belum dapat sesuaikan dengan keadaan kesihatan waktu tu. So boleh kata hampir tiap2 hari suami dia cuti. Medical bill tiap2 bulan company tanggung.

8.         Pada November 2009, suami dia dapat surat diberhentikan kerja sebab tak cukup tempoh bekerja dalam setahun dan company terpaksa tanggung medical bill tinggi.

9.         Prospect tu kata, company ada bagi pampasan gratitude RM20,000 kat suami dia, tapi dah habis untuk buat leukemia treatment.

10.       Prospect tu gitau, sebulan sekali kena buat blood treatment (rawatan darah) RM2,500 dan sebulan 2 kali kena buat therapy RM600/session. Total treatment cost sebulan ialah RM3,700. Setahun RM44,400.

11.       Prospect tu tambah lagi, dia kata sekarang ni dia mampu untuk buat blood treatment je untuk suami dia sebab kalau buat therapy sekali terlampau mahal. Suami dah tak kerja, so prospect tu yang tanggung belanja family 100%. Anak 4 orang, semua masih bersekolah.


12.       Sepanjang phone call tu, prospect menangis dan merayu supaya saya tolong beliau. Saya kata saya kena contact PruBSN dulu untuk kepastian.

13.       Saya call leader saya iaitu azizriadi dan consult tentang kes saya ni.

14.       Azizriadi kata, dia ada experience tentang kes cancer. Ada prospect dia kena cancer stage 1, dah sembuh, verified by doctor’s report, tapi still Prudential reject application prospect tu.

15.       Prudential suruh client tu tunggu 2 tahun dulu baru re-apply medical card. Medical report je dah RM400 kena bayar, last2 kena reject juga.

16.       Kalau orang yang pernah kena cancer stage 1, dah sembuh dan disahkan doctor pun kena reject dan kena tunggu 2 tahun, orang yang cancer stage 3 pula macam mana?

17.       Ada satu je jawapannya: Confirm kena REJECT on the spot. As simple as that. No backdoor exploitation.

18.       Saya pun call prospect tadi dan gitau perkara sebenar. Saya minta dia bersabar. Tapi dari suara dia, seolah-olah dia dah putus harapan dgn masa depan family dia.

19.       Moral of the story – walaupun you mampu untuk bayar RM4,000 setahun untuk Takaful, tapi kalau you dah sakit, either Takaful you approve tapi bersyarat tak cover penyakit sedia ada atau kena REJECT terus.

20.       Anda taknak ambil personal Takaful/medical card sebab company dah provide unlimited coverage? It’s up to you.

21.       Electronic engineer yang dah kerja 14 tahun dan dah senior di company tersebut pun boleh diberhentikan sebab tak productive dan merugikan company.

22.       Anda rasa anda bagaimana? Renung-renungkan la… 

"UTAMAKAN KESIHATAN. JADIKAN KISAH INI TAULADAN."



Friday, 17 October 2014

EXAM PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK (PTD) - 1 NOVEMBER 2014


exam, PTD, 2014, SPA
 Hai semua pembaca KOngsiHaL! Post kali ni KH nak berkongsi sedikit info mengenai peperiksaan PTD secara online. Tahniah Buat yang dipilih untuk menduduki peperiksaan ni. Tapi masih tak boleh sepenuhnya tahniah lagi la kan. Sebab exam belum lagi. HiHi! Apa yang diharapkan calon-calon semua dapat login soalan exam dengan lancar ye. Moga pihak yang berkenaan faham-faham la, masalah dan kesulitan calon yang lepas nak jawab online ni.. Ada yang tunggu sejam lebih awal depan komputer, bila masa jawab dah start ada calon yang tak dapat login, ada yang tak boleh menjawab sebab soalan tak keluar-keluar, dan ada jugak yang sedang menjawab asyik logout login logout login! Sampaikan tak sempat menjawab semua soalan. HUHU.. Tapi apa-apa pun, semua tu dah diatasi atas tindakan wajar dari pihak SPA, calon-calon terlibat dapat menduduki peperiksaan ulangan. ALHAMDULILLAH...

Baiklah, di bawah ni KH nak kongsikan serba sedikit format soalan yang bakal dijawab nanti.

Pegawai Tadbir & Diplomatik

Berdasarkan website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), peperiksaan online bagi memasuki perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) gred M41 akan berlangsung pada 1 November 2014 iaitu hari Sabtu.



Bagi calon yang telah memohon jawatan PTD, jom check sama ada nama ada tersenarai dalam peperiksaan online 1 November 2014 nanti.

Secara ringkasnya, soalan peperiksaan PTD gred M41 terbahagi kepada 4 seksyen iaitu:
Seksyen A – Pengetahuan Am (45 minit: 50 soalan)

Menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya.



Contoh Soalan:

Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali
A menangani kos sara hidup.
 B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
 C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
 D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.
Jawapan: B


Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit: 40 soalan)
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:


          
Apakah nilai paling sesuai bagi X? 


A 42 
B 43 
C 44 
D 46
Jawapan: A
Teknik menjawab:

         94 / 2 = 47 180 / 4 = 45 126 / 3 = X X = 42


Seksyen C – Esei Bahasa Melayu (1 jam: 3 soalan, pilih satu soalan, panjang patah perkataan tiada limit)
Contohnya: “Langkah-langkah menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.”


Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris (1 jam: 3 soalan, pilih satu soalan, panjang patah perkataan tiada limit)
Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.”

HAaaa...Begitulah serba sedikit yang Kh boleh kongsikan disini. Semoga dapat membantu calon-calon untuk menjawab nanti yer.. OK! CAU CINCIIIIIII.........................




#ExamPegawaiTadbirdanDiplomatik (PTD) Gred M41 Pada 1 November 2014


REZEKI..REZEKI...NAK BUAT DUIT TAMBAH2???? klik sini
PELUANG MENJADI EJEN DROPSHIP SECARA PERCUMA! SELURUH MALAYSIA!

Sunday, 13 April 2014

JOM 'SELFIE" KATANYA

selfie, kucing comel, autopilot income
Add caption


Assalamualaikum. Salam dihujung minggu. Selfie, satu 'trend' semasa yang kini yang semakin menjadi kegilaan ramai. Di media sosial tempat perkongsian gambar semakin dipenuhi dengan aksi-aksi selfie.

Apa yang menarik dengan selfie ni? Hanya mereka yang berminat boleh memberi jawapannya. Apa yang diketahui, Selfie bukanlah perkara baru cuma kini ianya menjadi semakin popular.

Blogger Suka Selfie?

Anda suka ber'selfie'? Tidak ada salah blogger suka selfie malah, aksi selfie ini juga boleh menjadi sesuatu yang positif dan menarik andai anda bijak dan kreatif mengeksploitasinya. Contoh terbaik adalah Blog Begins At Forty oleh blogger Uncle Gedek.

Bagi yang belum mengenali, beliau merupakan satu-satunya blogger di Malaysia yang saya ketahui, menzahirkan blog yang melakukan aksi self potret @ selfie setiap hari sebagai entri. Ya! Setiap hari sejak 26 Mac 2009 sehinggalah kini! tanpa terlepas walaupun sehari!




Blog ini amat menarik. Dengan hanya sebuah gambar selfie diri sendiri sebagai entri, ianya mampu menceritakan pelbagai aksi dan ragam kehidupan seharian beliau di merata-rata tempat dan lokasi. Dari kehidupan peribadi sehinggalah ke isu-isu semasa. Kagum dengan disiplin dan komitmen beliau yang membuatkan blog dan personaliti Uncle Gedek cukup unik, tersendiri serta berkarektor untuk menarik perhatian ramai.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TERCARI-CARI PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN? ~> Layari www.jutaone.asia/nurulgmj
::Gabungan Minda Jutawan sedia membantu anda. *Sepenuhnya milik bumiputera, khas membantu meningkatkan ekonomi bumiputera, e-niaga no 1 di Malaysia, mendapat Pengiktirafan anugerah Syarikat Paling Jujur di Asia Pasifik 2013.
~ sesuai utk surirumah, pelajar, pesara, sedang bekerja, asalkan 18 tahun keatas.
~ NO boss, NO punch card, baring2 atas katil pun dibayar, pendapatan pasif.
~ potensi pendapatan bulanan: RM18K - RM 26K - RM92K - RM126K








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...