ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Sunday 10 December 2017

Baitulmuqaddis


Jerusalem dah jadi ibu kota Israel dah sekarang. Bukan Palestin.
Dan apa maksudnya tu?
"Sesiapa yang dapat menguasai bumi Palestin, dia akan menguasai seluruh dunia."
Pernah dengar kata-kata di atas? Mesti pernah kan.
Kenapa?
Secara geografikalnya, Palestin ialah jantung dunia. Jantung dunia yang menjadi rebutan dari dulu lagi. Tempat paling strategik menurut teori The Heartland.
Baitul Maqdis itu perlu jatuh ke tangan musuh dahulu , samada kita suka ataupun tidak!! Jika tidak bagaimana Saidina Isa alaihisalam akan merampasnya kembali untuk dijadikan ibu kota pemerintahan Khalifah Islamiyyah bagi seluruh umat Islam di akhir zaman !?
Bila Baitulmuqaddis dah ditakluk oleh ummat islam ingatlah Sabda Rasullullah S.A.W mengenai penaklukan Baitulmuqaddis
“ Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah S.A.W telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan satu daripadanya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
Kenapa kita perlu risau tentang isu Palestin?
Banyak sebabnya. Dalam al-Quran ada, dalam hadis ada. Sila rujuk satu per satu. Memang banyak, dan ada ulama yang bersepakat bila Baitul Maqdis berjaya dimonopoli tiga kuasa dunia, tak lama lagi kemunculan Dajjal pula menyusul. Begitu juga Imam Mahdi.
Kita sekarang sedang bersiap-sedia nak join tentera siapa?
Dajjal?




Atau Imam Mahdi?
Tengoklah gaya hidup kita sekarang berpaksikan apa. Lebih pada dunia ke, lebih pada akhirat?
Apa yang kita dah buat? Bersedia ke kita untuk 'berperang' nanti?
Mengimbas kembali sejarah percubaan memonopoli bumi Palestin... (maafkan saya jika saya silap. Boleh rujuk pada yang lebih pakar. Ni sekadar perkongsian drpd apa yang saya faham tentang isu semasa menurut kata beberapa pengkaji hadith dan kitab)
Dulu Britain dah. Sekarang USA cuba monopoli.. lepas itu Israel. Tiga kuasa memonopoli jantung dunia.. dalam erti kata lain, kuasa Yahudi bergabung, apa maksudnya?
Maksudnya akan tercetusnya sebuah peperangan yang hanya Allah tahu bila akan berlaku.
Dunia ni dah tak lama lagi dah. Serius, dah nazak dah.
Tinggal menghitung masa je lagi..
Permasalahan Baitul Maqdis (Palestin) bukanlah permasalahan di antara Arab dan Yahudi je. Tapi permasalahan seluruh umat Islam dengan Yahudi!
Sedarkah kita? Tiap hari kita dibodohkan, dilalaikan. Bermacam taktik Yahudi untuk menjayakan agenda mereka.
Kita? Jatuh dalam perangkap Yahudi. Tapi kita tak sedar semua tu. Kita masih di dalam angan-angan dunia...
Dunia yang penuh penipuan!
Apa yang kita kejar sebenarnya?
Orang Yahudi meyakini bahawa mereka adalah umat pilihan. Kata mereka, ‘Kami anak Allah, kami dipilih untuk memimpin dunia, bangsa lain menjadi hamba kami.’
Inilah akidah Yahudi.
Persoalannya cuma pada kita sahaja, adakah kita nak berubah atau tak!... Harap kita semua sempat berubah & menjadi penegak agamaNya, moga dijauhi dari kealpaan dunia hingga terpedaya akhirnya menjerat diri mengikut Dajjal menuju kesudahan yang hina.. waiyazubillah..
Bangkitlah, wahai umat...
Bangkit dan bersiap-sedialah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...