ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Showing posts with label imam al Mahdi. Show all posts
Showing posts with label imam al Mahdi. Show all posts

Sunday, 10 December 2017

Baitulmuqaddis


Jerusalem dah jadi ibu kota Israel dah sekarang. Bukan Palestin.
Dan apa maksudnya tu?
"Sesiapa yang dapat menguasai bumi Palestin, dia akan menguasai seluruh dunia."
Pernah dengar kata-kata di atas? Mesti pernah kan.
Kenapa?
Secara geografikalnya, Palestin ialah jantung dunia. Jantung dunia yang menjadi rebutan dari dulu lagi. Tempat paling strategik menurut teori The Heartland.
Baitul Maqdis itu perlu jatuh ke tangan musuh dahulu , samada kita suka ataupun tidak!! Jika tidak bagaimana Saidina Isa alaihisalam akan merampasnya kembali untuk dijadikan ibu kota pemerintahan Khalifah Islamiyyah bagi seluruh umat Islam di akhir zaman !?
Bila Baitulmuqaddis dah ditakluk oleh ummat islam ingatlah Sabda Rasullullah S.A.W mengenai penaklukan Baitulmuqaddis
“ Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah S.A.W telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan satu daripadanya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
Kenapa kita perlu risau tentang isu Palestin?
Banyak sebabnya. Dalam al-Quran ada, dalam hadis ada. Sila rujuk satu per satu. Memang banyak, dan ada ulama yang bersepakat bila Baitul Maqdis berjaya dimonopoli tiga kuasa dunia, tak lama lagi kemunculan Dajjal pula menyusul. Begitu juga Imam Mahdi.
Kita sekarang sedang bersiap-sedia nak join tentera siapa?
Dajjal?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...