Comel je tengok ubat dalam gambar ni kan? Warna-warni dah macam cekelat pulak. HIHI!
Sebenarnya KH bukan nak puji ubat-ubat tu tapi kali ni KH nak kongsikan pada korang semua mengenai bahayanya jika kita mudah terpengaruh dengan janji-janji palsu pengiklan produk! Ishhh... Demi mendapatkan keuntungan tinggi, ada para peniaga ubatan tanpa kelulusan yang berani mempertaruhkan keselamatan bahkan nyawa bakal pelanggan mereka sendiri.
Tak kiralah produk apa yang dijual samada produk kosmetik, produk ubat-ubatan penyakit kronik dan lain-lain. Untuk pengetahuan dan ingatan buat pembaca semua, dan mungkin korang jugak dah tahu bahawa ada beberapa penyakit kronik yang tidak boleh dirawat sendiri. Maksudnya, penghidap penyakit tersebut mestilah merujuk kepada doktor dan pakar. Tak boleh tau suka-suka hati nak makan ubat yang dibeli sendiri diluar. Contohnya pembelian melalui online. Haaaa.... Bahya tu bahya..
