ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Tuesday 8 May 2018

AMBIL TAHU! JANGAN SUKA-SUKA NAK BUAT IKLAN!

ubat

Comel je tengok ubat dalam gambar ni kan? Warna-warni dah macam cekelat pulak. HIHI!
Sebenarnya KH bukan nak puji ubat-ubat tu tapi kali ni KH nak kongsikan pada korang semua mengenai bahayanya jika kita mudah terpengaruh dengan janji-janji palsu pengiklan produk! Ishhh... Demi mendapatkan keuntungan tinggi, ada para peniaga ubatan tanpa kelulusan yang berani mempertaruhkan keselamatan bahkan nyawa bakal pelanggan mereka sendiri. 

Tak kiralah produk apa yang dijual samada produk kosmetik, produk ubat-ubatan penyakit kronik dan lain-lain. Untuk pengetahuan dan ingatan buat pembaca semua, dan mungkin korang jugak dah tahu bahawa ada beberapa penyakit kronik yang tidak boleh dirawat sendiri. Maksudnya, penghidap penyakit tersebut mestilah merujuk kepada doktor dan pakar. Tak boleh tau suka-suka hati nak makan ubat yang dibeli sendiri diluar. Contohnya pembelian melalui online. Haaaa.... Bahya tu bahya..
 

Maklum sahaja lah kan, ayat-ayat manis berapi dan cukup power dari peniaga-peniaga online ni menyebabkan ramai yang percaya dan terus nak beli. Yelah, siapa yang nak sakit lama-lama kan. Apatah lagi bila diberi testimoni-testimoni yang entah kita tak tahu sahih atau tidak pun, ramai yang masih terpedaya. Jadi, berhati-hati lah semua.

Disini, KH kongsikan senarai penyakit yang tidak boleh di iklankan untuk produk tak kira la produk kosmetik, supplement atau ubatan, antaranya adalah:

1. Penyakit Buah pinggang
2. Penyakit Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk kering
7. Kusta
8. Kanser
9. Darah Tinggi
10. Penyakit urat sarat yang berkaitan hubungan seks
11. Penyakit Venerus
12. Lemah Fungsi Seks
13. Frigiditi
14. Kemandulan
15. Sakit Mental
16. Ketagihan dadah
17. Pekak
18. Asma/lelah
19. Hernia
20. Penyakit Mata



KH nak tekankan disini bahawa, tidaklah semua produk atau supplement diluar tu tak elok dan merbahaya, tetapi kita hendaklah lebih berhati-hati. Jadi, sebelum nak beli apa-apa produk tu sebaiknya kita pastikan beberapa ciri berikut:

Pastikan ubat/produk farmaseutikal berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL beserta pelekat hologram dan iklannya diluluskan oleh LIU. Menyedari hakikat bahawa orang awam perlu mendapat maklumat, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mewujudkan laman khas bagi mewar-warkan risiko pembelian ubat dalam talian. Sila layari http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/website/waspada-belian-ubat-online untuk mendapatkan tips/panduan/e-poster dan video yang berkaitan.

Okeyh! Take note yer semua. 

Entri ni, sikit dari lekatlekit , sikit dari myhealth 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...