Allahuakbar... Besar ujian buat orang-orang Kuantan, Pahang. Banjir yang melanda kali ini sangat luar biasa. Banyak lagi negeri lain pun yang mengalami musibah yang sama, tapi KH cuba berkongsi apa yang kawan-kawan KH di Kuantan sampaikan. Menurut cerita dari kawan-kawan lama KH yang duduk di sana, mereka pernah alami keadaan banjir sebelum ni tapi tidaklah dasyat macam tahun ni. Ada yang cakap pada KH, buat pertama kali mereka terpaksa duduk di pusat pemindahan banjir, betul-betul tak sangka akan melaui pengalaman ni. Selalunya tengok dalam tv, surat khabar je. Hmm, nak buat macamna, KH sendiri pun tak pernah mengalaminya..
Ok, sampai ke harini, KH difahamkan masih ramai yang duduk di pusat pemindahan banjir. Dan seperti sedia maklum, mereka terpaksa berkongsi apa yang ada, makan pun cukup-cukup. Tapi... KH asyik terfikir dan kesiankan kaum hawa. Faham-fahamlah kan, 'no privacy'... Keperluan yang bulan-bulan tu pun kat mana nak cari kalau tak hasil sumbanagan jugak. Harapnya, cukuplah keperluan rakan-rakan kita disana.
Oleh sebab tu la, ada diantara mangsa banjir yang sanggup duduk dirumah sendiri walaupun dalam keadaan rumah yang ditenggelami air, daripada berebut-rebut nak makan dan keperluan lain yang tak cukup. Dengan ini, KH nak berkongsi sikit macamna dan kepada siapa kita boleh hulurkan sumbangan untuk mangsa banjir ni. KH ada mendapat sedikit maklumat dan KH rasa boleh dipercayai.. Kepada pembaca semua, sesiapa yang nak hulurkan sumbangan tu silakan ya...
Disini ada gambar-gambar rumah abang kepada kawan baik KH di Kuantan. Hmm..Kesiankan.. Ini baru yang tenggelam sebahagian, apa pula nasib rumah yang nampak bumbung je tu?? Allah... Bantulah mereka..
No comments:
Post a Comment