ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Showing posts with label bantuan mangsa banjir. Show all posts
Showing posts with label bantuan mangsa banjir. Show all posts

Sunday, 8 December 2013

MANGSA BANJIR DIBERI PENANGGUHAN BAYAR BALIK HUTANG BANK!!!


Prihatin, itulah yang sepatutnya ditunjukkan oleh pemimpin keatas mangsa-mangsa banjir di beberapa negeri di semenanjung seperti yang semua telah sedia maklum. Hal ini telah dicadangkan oleh Malayan Banking dan turut disarankan oleh pemimpin negara untuk membenarkan mangsa-mangsa banjir menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman mereka.

Malahan, institusi bank yang lain disarankan untuk turut melaksanakan langkah ini sebagai menunjukkan keperihatainan dan memahami situasi mangsa-mangsa banjir di ketika ini. Timbalan perdana menteri negara turut memberi arahan tegas kepada semua jabatan dan agensi kerajaan untuk turun membantu mangsa-mangsa banjir dengan bersungguh-sungguh.

Pemberian bantuan berupa wang ringgit RM500 turut diumumkan oleh Perdana Menteri kepada setiap keluarga yang terlibat bagi meringankan beban mereka. 


Saturday, 7 December 2013

BANJIR DI KUANTAN 2013.. "PRAY FOR KUANTAN"




Allahuakbar... Besar ujian buat orang-orang Kuantan, Pahang. Banjir yang melanda kali ini sangat luar biasa. Banyak lagi negeri lain pun yang mengalami musibah yang sama, tapi KH cuba berkongsi apa yang  kawan-kawan KH di Kuantan sampaikan. Menurut cerita dari kawan-kawan lama KH yang duduk di sana, mereka pernah alami keadaan banjir sebelum ni tapi tidaklah dasyat macam tahun ni. Ada yang cakap pada KH, buat pertama kali mereka terpaksa duduk di pusat pemindahan banjir, betul-betul tak sangka akan melaui pengalaman ni. Selalunya tengok dalam tv, surat khabar je. Hmm, nak buat macamna, KH sendiri pun tak pernah mengalaminya.. 


Ok, sampai ke harini, KH difahamkan masih ramai yang duduk di pusat pemindahan banjir. Dan seperti sedia maklum, mereka terpaksa berkongsi apa yang ada, makan pun cukup-cukup. Tapi... KH asyik terfikir dan kesiankan kaum hawa. Faham-fahamlah kan, 'no privacy'... Keperluan yang bulan-bulan tu pun kat mana nak cari kalau tak hasil sumbanagan jugak. Harapnya, cukuplah keperluan rakan-rakan kita disana. 

Oleh sebab tu la, ada diantara mangsa banjir yang sanggup duduk dirumah sendiri walaupun dalam keadaan rumah yang ditenggelami air, daripada berebut-rebut nak makan dan keperluan lain yang tak cukup. Dengan ini, KH nak berkongsi sikit macamna dan kepada siapa kita boleh hulurkan sumbangan untuk mangsa banjir ni. KH ada mendapat sedikit maklumat dan KH rasa boleh dipercayai.. Kepada pembaca semua, sesiapa yang nak hulurkan sumbangan tu silakan ya... 

Disini ada gambar-gambar rumah abang kepada kawan baik KH di Kuantan. Hmm..Kesiankan.. Ini baru yang tenggelam sebahagian, apa pula nasib rumah yang nampak bumbung je tu?? Allah... Bantulah mereka..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...