ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Sunday, 8 December 2013

MANGSA BANJIR DIBERI PENANGGUHAN BAYAR BALIK HUTANG BANK!!!


Prihatin, itulah yang sepatutnya ditunjukkan oleh pemimpin keatas mangsa-mangsa banjir di beberapa negeri di semenanjung seperti yang semua telah sedia maklum. Hal ini telah dicadangkan oleh Malayan Banking dan turut disarankan oleh pemimpin negara untuk membenarkan mangsa-mangsa banjir menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman mereka.

Malahan, institusi bank yang lain disarankan untuk turut melaksanakan langkah ini sebagai menunjukkan keperihatainan dan memahami situasi mangsa-mangsa banjir di ketika ini. Timbalan perdana menteri negara turut memberi arahan tegas kepada semua jabatan dan agensi kerajaan untuk turun membantu mangsa-mangsa banjir dengan bersungguh-sungguh.

Pemberian bantuan berupa wang ringgit RM500 turut diumumkan oleh Perdana Menteri kepada setiap keluarga yang terlibat bagi meringankan beban mereka. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...