ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Sunday, 27 May 2018

SELALU DENGAR BUNYI JE, SEKARANG DAPAT NAIK!



“Inilah pertama kali saya balik kampung naik kapal terbang tentera. Perjalanan sangat baik walaupun awan agak tebal.
“Saya pernah naik kapal terbang tentera sebelum ini, tapi hari ini naik kapal terbang yang baik. Mendarat pun tak goyang,” katanya pada sidang media di TUDM Butterworth di sini, hari ini.

Thursday, 24 May 2018

ASALKAN RAYA, KENAPA MESTI BUAT BISKUT RAYA??


Siapa kata asalkan nak raya, kita mesti kena buat biskut raya? Tak payah.. Tak payah susah susah kalau dah ada yang mudah. HAHA! Aje order je la kak.

KH bukan nak meghasut akak-akak mak-mak bawang semua supaya tak buat biskut raya tahun ni. Tak.. Bukan macamtu. Mau nya nanti merah mata pakcik-pakcik marah ke makcik apesal la tak buat biskut raya macam selalu.. Ngangkang aje ke hape.. HAHA! Jangan kome... Siapa yang nak buat tu buat la kan. Dah ada kemahiran dan kepandaian buat biskut raya ate buat la. Boleh berjimat sikit.

Cuma di sini, KH nak promosikan pada korang yang tiada kelebihan atau tiada masa untuk buat biskut raya sendiri tu, korang boleh lah tempah dari HomeMade Biskut Raya by Sal's Cookies.



Terdapat lebih 15 jenis biskut raya yang korang boleh pilih, berbagai bentuk, warna dan rasa. Alah.. Bukan biasa-biasa tau biskut raya dari Sal's Cookies ni! Dah terkenal di seluruh negara dan menjadi pilihan pembeli bertahun-tahun dah. Dah pernah masuk paper tau.....


Apa tunggu lagi guys, Jom order sekarang! ORDER SINI!

Wednesday, 23 May 2018

MERCEDES BENZ UNTUK DILEPASKAN SEGERA!

merc


MODEL KERETA : Mercedes-Benz 280e

TAHUN : 1987 (register 1991)

ENJIN : 3.0 Auto

Enjin TIPTOP. Servis tak pernah lambat!
Dijaga dengan baik
Selesa dan lancar dalam perjalanan jauh
Alasan nak jual sebab dah ada 5 bijik kereta termasuk yang ini.
Jarang pakai dan garaj dah penuh! Bini bising hahaha!







Sportrim AMG 17"



Harga dipinta, RM10K (Boleh di runding). BELI SEBELUM RAYA untuk harga yang lebih menarik!

LOKASI : Bangi, Selangor

Jika berminat, boleh buat temujanji untuk pandu uji.

Encik Adi,

Friday, 18 May 2018

MENGEJUTKAN! HASIL PENGGELEDAHAN RUMAH BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6



 

SANGAT LUAR BIASA PETI BESI DI RUMAH NAJIB!

" Sangat Luarbiasa Peti besi di rumah Najib "

Apa yg ada disebalik peti besi NAJIB?

KUALA LUMPUR: Peti besi lama di rumah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, masih belum berjaya dibuka sehingga operasi dihentikan kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Polis terpaksa menggerudi peti besi milik keluarga bekas Perdana Menteri itu susulan kunci peti besi terbabit dikatakan hilang dan tidak pernah dibuka sejak 20 tahun lalu.

Polis turut memanggil beberapa tukang kunci untuk membukanya, namun peti besi berkenaan masih gagal dibuka dan proses untuk membukanya akan disambung hari ini.

Sumber memberitahu, proses penggerudian yang dilakukan sejak 8.30 pagi semalam (16 mei 2018) dihentikan kira-kira jam 9.30 malam tadi (17 mei 2018) sebelum enam buah kenderaan dinaiki pasukan polis serta seorang lelaki dipercayai tukang kunci keluar meninggalkan kawasan kediaman itu kira-kira jam 9.55 malam.
Tukang kunci yang membantu usaha membuka peti besi tersebut

Terdahulu, peguam mewakili Najib, Datuk Harpal Singh Grewal, memberitahu kunci peti besi berkenaan sudah hilang menyebabkan pihak polis terpaksa menggerudinya untuk mengenal pasti isi kandungannya.
“Tiada barang berharga di dalam peti besi itu.
“Namun, tindakan polis menggerudi dalam jangka masa panjang menimbulkan gangguan yang menjejaskan ketenangan di kediaman keluarga Najib,” katanya.


Thursday, 17 May 2018

KERAJAAN TAMATKAN 17,000 LANTIKAN POLITIK BN



PUTRAJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan hari ini mengumumkan bahawa seramai 17,000 penjawat awam dari lantikan politik kerajaan terdahulu akan ditamatkan kontrak.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata bahawa terlalu banyak pegawai kontrak dilantik secara politik pada pemerintahan kerajaan lalu.

Jelasnya, tindakan tersebut merupakan salah satu strategi untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang merupakan salah satu masalah yang perlu diselesaikan.

Bagaimanapun, penamatan itu juga dilihat sebagai satu tindakan balas dendam sekiranya dilaksanakan secara tergesa-gesa dan tanpa proses yang betul.

Tuesday, 15 May 2018

I'M BACK! ANWAR IBRAHIM

anwar ibrahim kini dibebaskan

Masa yang berlalu tidak sempat melihat anaknya membesar. Tidak sempat jaga keluarga tercinta saat sakit. Tidak sempat kesana sini. Cuma duduk dalam penjara. Solat,berdoa,baca buku,baca Al-Quran. Tapi sentiasa senyum dan cakap yang baik..
Pastinya iman dan cinta pada Allah yang memberi kekuatan untuk semua itu...

Sumber dari : FB Ustaz Ebit Liew

Monday, 14 May 2018

TV3 DIPERINTAH BAYAR RM1.1 JUTA KEPADA ANWAR IBRAHIM





KERANA FITNAH, 
TV3 diperintah bayar RM1.1 juta kepada Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan stesen televisyen TV3 membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapati TV3 bertanggungjawab menfitnah beliau.

Fitnah tersebut mengaitkan Anwar sebagai seorang daripada dalang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, lima tahun lepas.

Sunday, 13 May 2018

MENTERI BESAR PERAK TERBARU INI PERNAH DITAWAN OLEH TENTERA ISRAEL!




TAHUKAH ANDA? MENTERI BESAR PERAK TERBARU INI PERNAH DITAWAN OLEH TENTERA ISRAEL!
Masihkan anda ingat satu ketika dahulu, pada tahun 2010 sebuah kapal flotilla telah di rampas oleh tentera Israel di Gaza?

Salah seorang dari peserta misi kemanusiaan itu adalah merupakan Saudara Peja (Ahmad Faizal Dato' Azumu) sendiri.

MENTERI BESAR PERAK YANG BARU

Menteri Besar Perak

KUALA KANGSAR, Sabtu 12 Mei 2018 – Ahmad Faizal Dato' Azumu iaitu Pengerusi Pakatan Harapan Perak, telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baharu siang  tadi.

Saturday, 12 May 2018

TERKINI! NAJIB TUN RAZAK KINI TELAH MELETAK SEMUA JAWATAN



Berita terbaru pada jam 3.20 petang, 12 Mei 2018,

Tatkala Malaysia sedang menanti-nantikan sidang media mengenai pembentukan Kabinet baru oleh Tun Dr Mahathir yang akan dijalankan hari ini, sekaligus bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa beliau meletakkan segala jawatan beliau sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

PHONE CASE * SARUNG TELEFON ANDA!



* Design-design yang sangat menarik DIJAMIN anda tidak akan dapat di tempat lain. Haha! Ini kerana design yang Inovasi Rare keluarkan adalah hasil air tangan designer mereka sendiri. Design yang korang takkan jumpa diluar sebaliknya hanya di Inovasi Rare antaranya ialah design permotoran seperti design kereta dan motor. Ini kerana ia adalah hasil idea bernas dari Mr Designer untuk meluahkan minat beliau yang mendalam dalam bidang permotoran melalui hasil-hasil ini.






DOA ANAK DATIN ROSMAH!

reap what you sow


Tengah trending dari semalam berkenaan luahan anak kepada Datin Seri Rosmah iaitu Datin Azrene juga merupakan isteri kepada selebriti terkenal Dato Fazley Yaacob. Ini petikan penuh yang KH copy dari akaun instagram Datin Azrene berkenaan luahan beliau;


"Bismillahirahmanirahim. Today marks the end of an era of tyranny that many have prayed for. I grew up looking up to these two individuals, loving them, respecting them. There was a time when i would have walked through the fires of hell and back for them. As i grew older, i saw the selfishness and greed of one above all else. I experienced firsthand emotional, physical and mental abuse at the hands of the one on the left. I witnessed firsthand the same abuse she caused onto the one on the right.

PRU14, TERCIPTA SEJARAH MALAYSIA BARU!

mahathir



Tarikh bersejarah tanggal 10 Mei 2018 telah terciptanya satu sejarah baru buat negara Malaysia, Tun Dr Mahathir telah mengangkat sumpah Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Tun Dr Mahathir Mohamad dengan rasminya diisytihar sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh apabila istiadat mengangkat sumpah selamat berlangsung di Istana Negara, pada Khamis malam. Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. 

Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang, turut menjadi saksi peristiwa penting itu. Detik ini adalah sangat bermakna buat semua rakyat Malaysia memandangkan rakyat sendiri telah 'bersuara' melalui Pilihan Raya ke14 baru-baru ini. Ternyata rakyat inginkan perubahan dari tampok pimpinan, maka itulah disambut baik oleh Tun M demi tidak mahu melihat tanah air tergadai dek tangan rakus pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Tuesday, 8 May 2018

AMBIL TAHU! JANGAN SUKA-SUKA NAK BUAT IKLAN!

ubat

Comel je tengok ubat dalam gambar ni kan? Warna-warni dah macam cekelat pulak. HIHI!
Sebenarnya KH bukan nak puji ubat-ubat tu tapi kali ni KH nak kongsikan pada korang semua mengenai bahayanya jika kita mudah terpengaruh dengan janji-janji palsu pengiklan produk! Ishhh... Demi mendapatkan keuntungan tinggi, ada para peniaga ubatan tanpa kelulusan yang berani mempertaruhkan keselamatan bahkan nyawa bakal pelanggan mereka sendiri. 

Tak kiralah produk apa yang dijual samada produk kosmetik, produk ubat-ubatan penyakit kronik dan lain-lain. Untuk pengetahuan dan ingatan buat pembaca semua, dan mungkin korang jugak dah tahu bahawa ada beberapa penyakit kronik yang tidak boleh dirawat sendiri. Maksudnya, penghidap penyakit tersebut mestilah merujuk kepada doktor dan pakar. Tak boleh tau suka-suka hati nak makan ubat yang dibeli sendiri diluar. Contohnya pembelian melalui online. Haaaa.... Bahya tu bahya..

Wednesday, 2 May 2018

SERVIS AIR-COND




AHNR menyediakan perkhidmatan memasang air-cond, membaiki dan servis kasi cuci air-cond terbaik di sekitar ;
Rawang
Saujana Rawang
Bandar Country Homes
Bandar Tasik Puteri
Bukit Beruntung
Bukit Sentosa
Sungai Choh
Serendah
Antara Gapi
Batang kali
Kuala Kubu Bharu 

dan kawasan-kawasan lain mengikut permintaan pelanggan. Kerja-kerja ini dilakukan oleh boss juga selaku pekerja untuk AHNR ini lebih dikenali sebagai Hadi @ Abang Atan dengan beberapa pembantu nya. 

Thursday, 26 April 2018

FATHIA LATIFF REPLY LAGU SEDIH SUFIAN SUHAIMI~

JeJengggg!! Haa... Dah lama betul kan KH tak wat posting. Hihi bukan apa sebenarnya sebab semangat yang hileng. Bukan hilang kemana sangat pun, cuma KH nak tukar mood blog KH ni sendiri. Hehe.

di matamu

Okeyh! Today im gonna ehhh! Harini KH nak tulis pasal artis wanita kita sorang ni, iaitu Fathia Latiff. Dia balas lagu Sufian Suhaimi weyyy... Haha kecoh! Ke KH yang kelambatan lagi sesungguhnya kelewatan ni? Ahh tak kira! KH nak jugak citer. Korang dah dengar kan lagu Di Mata mu oleh Sufian Suhaimi tu. Best kan.. Yang tak tau lagi super duper kelambatan dari KH tu boleh la tengok video teaser kat bawah ni. Kenapa yang teaser je tak official video? Ek ehh suka kite la.. Haha! Jangan marah ye, KH suka video teaser dia sebab lagi best dari yang official. Citarasa telinga KH keyh! Ellehhhh~

Sunday, 10 December 2017

Baitulmuqaddis


Jerusalem dah jadi ibu kota Israel dah sekarang. Bukan Palestin.
Dan apa maksudnya tu?
"Sesiapa yang dapat menguasai bumi Palestin, dia akan menguasai seluruh dunia."
Pernah dengar kata-kata di atas? Mesti pernah kan.
Kenapa?
Secara geografikalnya, Palestin ialah jantung dunia. Jantung dunia yang menjadi rebutan dari dulu lagi. Tempat paling strategik menurut teori The Heartland.
Baitul Maqdis itu perlu jatuh ke tangan musuh dahulu , samada kita suka ataupun tidak!! Jika tidak bagaimana Saidina Isa alaihisalam akan merampasnya kembali untuk dijadikan ibu kota pemerintahan Khalifah Islamiyyah bagi seluruh umat Islam di akhir zaman !?
Bila Baitulmuqaddis dah ditakluk oleh ummat islam ingatlah Sabda Rasullullah S.A.W mengenai penaklukan Baitulmuqaddis
“ Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah S.A.W telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan satu daripadanya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
Kenapa kita perlu risau tentang isu Palestin?
Banyak sebabnya. Dalam al-Quran ada, dalam hadis ada. Sila rujuk satu per satu. Memang banyak, dan ada ulama yang bersepakat bila Baitul Maqdis berjaya dimonopoli tiga kuasa dunia, tak lama lagi kemunculan Dajjal pula menyusul. Begitu juga Imam Mahdi.
Kita sekarang sedang bersiap-sedia nak join tentera siapa?
Dajjal?

Thursday, 28 July 2016

MARAH DAPAT APA??

INFO YG WAJAR DI KONGSI:
1. Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.
2. Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah )
3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.
4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.
5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).
6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.
7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.
8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia ( penyakit sulit mencerna ).
9. Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada  penyakit Hepatitis.
10. Jika kita sering merasa "Sombong" ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.
12. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.
13. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis ( berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).
14. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih )
Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.
Perkongsian dari Dato' Dr Hj Mohd  Fadilah Kamsah

Wednesday, 29 June 2016

KUATTTTT MENGADU!

Ingat lagi tak? Zaman kecik2... Badan kecik, suara kecik, makan mkanan yang kecik2 (jajan).. Heheh! Masa tu, bila apa-apa je mesti mengadu kat mak kan? Kawan ejek ke, jatuh ke n apa je la. Kuatttttt mengadu... Sekarang? Dah besar panjang nak mengadu kat mak lagi ke? Hoho! Diri sendiri dah jadi mak ayah kat siapa nak ngadu?? ALLAH SWT.

Apa masalah anda?
....... Beritahu Allah swt;

Orang tipu anda?
........Beritahu Allah swt;

Duit tak cukup?
........Beritahu Allah swt;

Marah dengan sesiapa?
........ Beritahu Allah swt

Hati tidak tenang?
......... Beritahu Allah swt

Hidup tidak bahagia?
.......... Beritahu Allah swt

Bos tidak baik?
........... Beritahu Allah swt

Sesungguhnya Allah swt adalah sebaik-baik tempat mengadu!

Yakinlah, Dia Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Menghukum, Maha Adil, Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu dan Allah swt tidak pernah zalim atau menzalimi sesiapa kecuali dia yang menzalimi dirinya sendiri.

Hakikat yang ramai tidak mahu sedari dan akui atau ingati adalah, setiap perkara musibah atau ujian yang berlaku, ia adalah

1/ Penghapus dosa lampau
2/ Penambah pahala
3/ Pemberat timbangan baik/Amal
4/ Peringatan buat diri
5/ Ingatan untuk perbaiki

Kadang-kadang amalan kita tidak seberapa dan Allah swt beri pelbagai "Bonus" tambahan untuk memberatkan timbangan amalan kita.

Jika mengerti dan meneliti dari sudut hati.

Hidup kurangkan lihat kesilapan orang lain tetapi banyak cari kelemahan diri dan perbaiki.

*Tekadkan azam istiqomah untuk bangkit solat taubat, tahajud dan witir setiap awal pagi sebelum suboh.

#AzizanOsman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...